Thursday, September 10, 2009

warisan


bulan kemerdekaan yang lepas aku masih mencari2 erti merdeka. hatta sampai ke tarikh keramat 31 Ogos masih lagi blur tentang apa itu merdeka bagi seorang student macam aku.

kamus dewan menafsirkan merdeka
itu bebas drpd penjajahan, kurungan, naungan dll; tidak bergantung pd yg lain; berdiri sendiri.

checkbox please.

1.bebas dari penjajahan. check.. aku masih pakai pakaian buatan penjajah, branding.. hm? kurungan = dah lama tak pergi zoo.

2.tidak bergantung pada yang lain. check.. dalam usaha ke arah tu. ada sapa2 nak tolong? ceh padahal baru je kata tak nak bergantung kat orang lain =p

3.berdiri sendiri. check.. masa darjah tiga chegu tanya masa perhimpunan "siapa tahu maksud berdikari?". dalam hati*kalau chegu bagi hadiah beg sekolah power rangers paling tak pun pencil box nak la saya jawab, alah 'berdiri di atas kaki sendiri kan'. ha nak suruh buat karangan tajuk tu la kan3?* masa tu baru diperkenalkan kbkk aka kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

yang sebenarnya aku memang tak rasa merdeka langsung. tambah2 sebagai student ni kena submit assignment, projek, lab report. tapi bila difikirkan balik bila kerja esok kena ikut cakap boss pulak, kena capai target. macam2. aku hanya akan iktiraf diri sendiri merdeka bila aku dapat buat apa yang aku nak, bila2 masa yang aku suka.

konsep merdeka itulah yang digunapakai sebenarnya. dulu tanah melayu mahu merdeka untuk mentadbir sendiri negara, mahu menentukan nasib sendiri. jatuh bangun kita sama2 rasa. bukan ikut telunjuk makhluk orang asing. dengarkan lagu warisan dan hayati maksudnya.

kalau boleh tak nak lagilah dengar berarak2 dengan kepala2 lembu yang tak sepatutnya. atau berarak memprotes parti politik yang katanya menghina islam dengan sepanduk bertinta "pu*i**k d*p jangan hina islam". fikir sebelum bertindak. renungkan lirik lagu warisan. lepas tu tanya diri kita agak2nya sampai bila kita nak pentingkan diri? perbaiki hubungan sesama kita dulu sebelum tuding jari kat orang lain


notakaki : rindu malam2 nyanyi lagu warisan ramai2 diterangi cahaya lilin ditangan. ingat lagi guys?


2 comments:

Siti Nornadiah said...

tak ingat..:P

f|rd4szLer said...

cece bukan u ke yg paling excited masa tu =p
i dlu skolah all boys school la u.. nk join bleh je xde hal he he

 
/* nuffnang's glitteratti gadjet */