Tuesday, September 15, 2009

meter 15malaysia


ini video 15malaysia yang paling menarik minat aku.

KJ, amber chia, jason lo pun ade. tak tahan...

*bolasepak *

kalau dah performance macam yang dia cakap dalam video ni, logik saja orang kita tak berminat dengan bolasepak tempatan

nak marah orang kita tak bagi sokongan pada pasukan negara sendiri? kalau orang bagi kau pilih kasut raya bata dengan kasut dr. cardin, mana kau pilih?

FAM? orang politik? tak perlu dipersoalkan kenapa orang politik masuk campur dalam FAM. sudah nyata kat mana ada kuasa disitu berhimpun, berebut2 orang politik nak dapat kerusi

*bahasa inggeris*

bahasa medium komunikasi. masalah kita dengan bahasa inggeris cuma cara aplikasi pembelajarannya. sekejap nak dalam bahasa inggeris, sekejap nak bahasa ibunda balik. get a grip.

orang jepun tak perlu bahasa orang lain untuk berjaya. teknologi orang lain di adaptasi tapi bahasa mereka kekalkan bahasa ibunda. tapi bila peringkat global untuk pasarkan produk orang jepun guna bahasa inggeris. kenapa? fikir sendiri.

*lompat parti*

untuk kebaikan rakyat? aku tengok komen yang lompat parti dalam tv tu kate "saya rasa parti ni ada komplot nak buang saya, tak ada guna, tak ada kepentingan lagi untuk saya kekal dalam parti ini. parti satu lagi offer saya berkhidmat dengan mereka, saya masih lagi mempertimbangkan perkara ini". lebih kurang macam tu la ayat dia.

aku tak dengar dia sebut rakyat.

*apa itu malaysia*

part last tu bagi aku mendalam maksud dia. keris tu memang dah sinonim sangat dengan melayu. hak ketuanan melayu dan bumiputera dikongsi bersama bangsa2 lain dan lahirlah malaysia. itu yang aku dapat tafsirkan. tapi sebenarnya banyak lagi maksud mendalam yang tersirat. sama2 kita fikirkan.

1malaysia untuk semua

notakaki : minggu lepas di ibukota, aku dengan kawan2 nampak couple2 berlainan bangsa. spontan keluar dari mulut member aku "nilah contoh terbaik 1malaysia!"
semua bantai ketawa, siot bab tu laju je nak 1malaysia


9 comments:

Siti Nornadiah said...

sekarang nie smer iklan ada semua bangsa kan?

cam kelaka pon iye jugak..

f|rd4szLer said...

ehm yea..
garangnye u =p
itu nak melambangkan perpaduan.. bagi i itu satu yang positif

cuma timbul masalah bila ketuanan melayu cuba dinafikan, ditolak tepi

xpe kita amik pengajaran yang baik je dari video ni =)

Siti Nornadiah said...

garang??

f|rd4szLer said...

tu u kate celake tu cam marah je?

Anonymous said...

saya juga 1malaysia :)

f|rd4szLer said...

hehe i pun fikir macam tu dulu mase tgu anak buah i lahir. belang2 =p husband adek i mamak, kulit gelap adek i lak kulit cerah, turn out baby tu cerah je =) refer entry cuti pendek =/

f|rd4szLer said...

hehe andy nice one. meaning u mix ke? hey harap u tak kisah i nak link blog u

Anonymous said...

pndpt ak yg pasal jepun tu.. dorg ade somthing yg seluruh dunia kene akur.. soo xkesah pon kalo dorg xleh ckp eng.. ni malaysia, teknologi xyah citer r.. nak wt mercu tanda pon panggil arkitek luar.. xnk blaja eng ? nak memartbatkan bahse mlyu ?? xkemane wei .. ~

f|rd4szLer said...

je who > aku sokong pendapat kau. cuma perspektif yang aku cuba nak sampaikan ialah bagi aku dua2 penting. jepun sebelum maju dengan teknologi yang disegani juga belajar dari negara lain.

teknologi automotif misalnya diadaptasi dari teknologi jerman. mereka gunapakai teknologi dam tambah baik teknologi tu dalam bahasa ibunda mereka sendiri.

tapi bila nak marketkan produk ke luar, diorang guna english. sebabnya 'globalisasi'.. kita tak boleh tolak tepi kepentingan english

pihak yang berwajib patutnya ambil serius pasal pengajaran dalam bahasa inggeris/melayu disekolah. kalau guna english sebagai perantara laksanakan betul2.bukan setakat baru 5 tahun kemudian graf pencapaian menjunam sudah dikira gagal aku rasa tak patut.

sedangkan negara maju yang berusaha pupuk rakyat tentang integriti pun ambil masa berpuluh tahun untuk dapat hasil positif

kalau tetap mahu bahasa melayu sebagai perantara, cari jalan lain untuk kuatkan penguasaan bahasa inggeris pelajar

thanx sbb berkongsi pendapat =)

 
/* nuffnang's glitteratti gadjet */