Thursday, September 10, 2009

cuti pendek =/

Sept. 5

sampai je kat rumah aku terus cari anak buah aku yang baby tu, tengah tidur rupanya dia. frust tak dapat main dengan anak buah tapi agak2 la kan, dah 1am pun. last2 borak dengan adik aku je. tak perasan pulak aku sembang kuat sangat sampai baby terjaga. tercapai gak cita2 nak main dengan anak buah. rindu gila.

gambar baru baby harith. dah pandai ketawa. pegang botol susu sendiri. nangis bertambah kuat. mengada. tido lama. boleh tido sepanjang malam. hebat tak macam dulu 3 jam tido bangun mau susu. kuat bebal *dush2 =p napkin tu kene pakai sebab dia suka sangat main air liur. chumel sungguh =))

bangun tido agak lewat. pergi library tempat cousin kerja untuk survey dealer laptop asus yang dicari2. tak membrangsangkan hasilnya. nampak gaya kena contact dealer yang kat sungai petani jugak. dah tak sempat mungkin esok. petang ni nak ambush bazar ramadhan bayan baru!

"haaa.... dia tangkap gambaq dah...!! " kena tegur ngan geng2 mamak jual nasik kandaq kat bazar bayan baru. jangan salah faham. orang penang memang kasaq sket dalam berbahasa. bunyi macam dia sound sebenarnya itu cara orang penang melawak =)

tak dan cek nak ambik gambaq nasik kandaq. orang kerumun ramai sangat. nak ambik gambaq nasik kandaq dok nampak pala orang ja =p

pasembor padang brum ada. sempoi!

tudia mewah sup dia...

kalau kat penang ni nama dia puding telur, blah selatan panggil puding caramel kot

pari bakaq tu weih, emm....

best buka puasa kat rumah haritu tapi jenuh kena berleter dengan mak sebab beli lauk banyak sangat. penuh meja. campur murtabak ayam yang sedara aku sedekah lagi, tak tau pun rupanya dia meniaga kat sana


Sept. 6

bangun dari tido check phone terima text dari gadis blueberry bold aka bb. kata dia tak dapat turun penang atas sebab2 tertentu. tapi dia suggest apa kata aku pegi alor star boleh jumpa mungkin tengok movie dan buka puasa sama2. yer.. ni hidden reason nape nak balik penang jugak weekend tu. nk jumpa dia. tak nak la expose awal2.. skang? wut tha heck biar la =p

alamak.. harini nak angkat laptop.. camne? tak pe la burn la kejap laptop tu nampaknya. tunggu cuti raya je nanti. call abg mintak pinjam kereta kejap nak pegi alor star hantar barang =p last2 kena soal mengaku jugak jumpa gadis bb (-.-") tak pe la janji dapat pinjam kereta. bila lagi nak hantar hadiah belated birthday dia. nasib baik belum expired.

sampai di alor star, kurang arif jalan sana. tunggu je la cik bb datang dan guide ke rumah dia. hadiah yg 3 bulan aku simpan akhirnya bertukar tangan, smpai juga kat dia. lega. suka je lam hati macam ada funfair. 1st time bukakan pintu kereta untuk gurl. oh, lagipun aku memang jarang drive =p kemeja putih. cantik dia haritu. mata kaler hazel tu aku tak kan lupa.

pergi tengok movie the final destination.



gambar dicilok dari sini

nak dijadikan cerita aku terjatuhkan tiket. satu round jugak la pusing mall cari tiket nasib baek jumpa. malu seyh. tapi kena act cool =p macam biasa dalam siri final destination yang lain part2 nyawa nak ditarik semua nya plan dengan cun sekali beserta timing2 yang suspens.

kali ni kecelakaan yang mendapat tempat dalam movie ni ialah di track nascar. sneek peek bagi yang tak tengok lagi bayangkan seketul enjin kereta himpap badan kau! pernah bayang lemas dalam kereta sendiri, bukan sebab asap atau gas, tapi lemas dengan air. dalam carwash?

cuma secara keseluruhan macam filem bajet rendah yang cgi dia banyak tak sekata di merata tempat serta extra2 yang tau lari dan menjerit macam jumpa katak dalam bilik air padahal scene sebenar tengah lari selamatkan diri dalam mall yang entah berapa saat lagi nak runtuh. lain kali naik escalator hati2 jangan bagi tali kasut sangkut celah tangga escalator!

lepas tengok movie cik bb nak bayar bil bb =p pastu trus ke tempat nak buka puasa. lokasi pilihan gadis bb : SR. borak sampai tak perasan dah nak buka. SR ade bagi sirap untuk buka puasa =) beriya bawak digicam tapi lupa nak guna =/ selesai sesi bb aka bukapuasa & borak (pun nak bb jugak ape kes he he) hantar dia balik rumah.

terus gerak hala ke penang, drive sambil diselangi sesi reply text *jangan tiru aksi ini di highway* angin tayar lupa nak pam patut la tak sedap bawak kereta tadi. alih2 dah smpai penang baru berisi. smpai penang rush pulang kereta dan pegi giant beli pampers untuk si kenit mengada he he smpai rumah dah lewat. lights off. jap lagi nak sahur pulak.

Sept 7

letih. bangun sahur tido balik. pagi tu sempat pegi kompleks bukit jambul cari barang sikit. ternampak sorang gurl tak ubah macam liyana jasmay tapi lebih tinggi dari tu dengan rambut ala2 rihanna. nice fashion sense. kerja dekat kedai htc 1st floor. entah kenapa aku rasa dia macam lebih layak jadi owner kedai dari pekerja situ. mungkin pada aku dia nmpak educated dan stylo. woot2!!

dipendekkan cerita tengah hari dah naik bas gerak balik ke kl. pudu dulu lepas tu sesi berganti2 tukar train. balik ke dunia student. teruskan perjuangan yang belum selesai..




4 comments:

Siti Nornadiah said...

i pon nak hadiah..
3 bulan pon okay..hehehhe..

oh sanggup drive dari penang ke alor setar patah balik..

sayang betul nieh..:))

f | r d 4 s z L e r said...

nk hadiah kene behave, eh cam santa plak =p

erk.. jangan cakap kuat2 u.. segan org dgr huhu

syg sgt kot =)

Siti Nornadiah said...

baik saya behave..
(dapat lah ipod touch)

iyee iyee..
camne u mengamalkan hubungan jarak jauh? i salu was was dgn my boifren..tp dia tadak wat pe pon..

hehh..:)

f|rd4szLer said...

wah2 demand!
best tu ipod touch wat maen game =p
tp kate kwn i dari ipod touch baek iphone 3g hehe

actually.. she's not mine, but i hope so =/ well at least not yet..
i pun xtau nk descibe relation kitorg ni camne (@.@)

jarak jauh..? hm.. love knows no boundaries =)

if ur luv is pure, a simple txt pun da leh wat u hepi kan, yg jd mcm2 tu bila luv is tainted

some says u cant put ur trust 100%, u need some doubt to stay on a healthy relationship

did that answer ur Q?

 
/* nuffnang's glitteratti gadjet */