Thursday, September 17, 2009

Eid ul-Fitr





harap belum terlambat untuk ucapkan 'selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin' pada semua muslimin di semua yang mengenali dan terlintas membaca blog ni

moga ramadhan yang bakal berlalu mengajar kita 1000 erti kesabaran dan melipatgandakan ketakwaan pada tuhan yang esa

aku balik kampung hari jumaat, yang paling lewat antara rakan serumah =/ jeles pun ada tapi tak apa lah at least aku dapat balik dengan kawan. tak de lah boring sepanjang jalan ke penang nanti

teringat masa kecik2 kalau dah dekat2 raya camni selalunya meriam kitorang punya kekerapan letupan tu agak tinggi ngehehe aku membesar di zaman budak2 glamour masuk tv hasil kreativiti masing2 mencipta mercun sendiri yang makan diri. aku pun tak faham macam mana boleh jadi macam tu. mungkin tak ikut prosedur yang betul *ada ke? =p*

meriam tanah/tin [diy(do-it-yourself) guide]
1- cari tin yang sesuai.panjang meriam adalah satu relatif.satu tin untuk letak karbaid
2.korek lubang.tanam tin2 dalam tanah memanjang.basahkan tanah, padatkan tanah diatas meriam
3.tunggu 2, 3 hari biar betul2 padat. supaya tin ngam dengan tanah
4.mula beraksi. spare karbaid dalam dua tiga guni, tunggu budak kampung sebelah setat dulu. balas kaw2 ^^

kenapa meriam tanah? kami generasi inovatif, tak main lah buluh2 boleh pecah.panjang meriam tak boleh ejas =p

malam raya try2 baju raya. kalau mak aku pergi shopping raya dengan mak lang aku. dah tau dah nanti baju raya aku sama kaler dengan sepupu aku yang laki tu. diorang beli kain sama2 huaaaaa... nak buat macam mana.sekolah asrama. dah dekat nak raya baru cuti

tapi seronok jugak sedondon hehe dapat duit raya lebih sebab orang tengok chumel "ehh, hangpa cam boria la. hehehe *gelak dulu* NAH DUET RAYA! *bagi duit raya je tak boleh ke*"

yer, aku juga membesar di zaman budak2 sudah mula materialistik.

budak2 kutip cukai raya : "assalamualaikum... (ramai2), kami datang nak beraya.

makcik tuan rumah : waalaikumsalam, hah dik mai2 masuk makan dulu kuih raya ada rendang ada. ketupat ada...

tak pa lah makcik. kami makan dah tadi kat rumah sebelah. nak duit raya ja =)

boleh2.. tapi yang masuk rumah mak cik makan dapat 2 ringgit. hangpa mai takat depan pintu dapat singgit ja. makcik diskaun

ehhh... kami makan la makcik. bau pun macam sedap ja!

*fungsi sebenar poket banyak kat baju melayu adalah untuk simpan duit raya. sebab tu jugak pakai baju melayu besar. tambah kapasiti *

tahun ni anak buah dah bertambah lagi sorang. nasib baik yang tu belum pandai mintak duit raya he he

tamat flashback

raya ni nak pergi beraya kat alor star.jadi ke? hm..

pada yang nak balik beraya.. hati2 lah dijalanraya. bertimbangrasa. nampak aku bagi laluan ya =p
ehh.. hulur tangan ucap selamat hari raya


4 comments:

Siti Nornadiah said...

heheheh..
gila okay buat mercun tanah..siap aja sekali..i tak pnah tgk benda2 camtuh..hemmm..

selamat hari raya aidilfitri!
maaf yek kalau ada salah dan silap gittuh ayat!
wakakka..:P

namesake said...

kalau hang nak pi alor star, aku pun nk join skali

f|rd4szLer said...

Siti Nornadiah > hehe main meriam baru rawk! selamat hari raya.. maaf je xde sampul ke u? hehe maaf zahir batin

namesake > jom, cik bb ajak raya umh dia raya 2nd, kalau xde hal kite gi ar, dia tanya bila aku nak kenalkan ngan kawan2 aku. jom kite gi ramai2 hehe angkut geng2 penang, sp skali =p

Anonymous said...

hahaha.....what a memories bro :')

 
/* nuffnang's glitteratti gadjet */